Produk dan Servis
IRASURIA VENTURE SDN. BHD. kini menyediakan suatu rangkaian perkhidmatan dan produk ICT yang komprehensif termasuklah :
• Pusat Akses Internet
Pada asasnya, kegiatan utama serata kafe siber di Malaysia tertumpu kepada melayari internet, e-mel, permainan komputer dan sembang internet. Di sini bukan sekadar menyediakan kemudahan ICT, warga syarikat sentiasa berusaha membentuk minda masyarakat supaya ia digunakan sepenuhnya untuk kegiatan berfaedah sebagai tempat cerdik pandai bertemu, berbincang dan mencari bahan meningkatkan ilmu pengetahuan.
• Jualan Komputer, Sistem Pelayan dan Aksesori
Pada kadar yang cukup kompetitif, syarikat menawarkan pelbagai bentuk perkakasan, perisian serta aksesori komputer sebagai penyelesaian menyeluruh untuk memenuhi permintaan dan keperluan semasa pengguna. Galeri pameran dan jualan turut menyediakan perkakasan ICT berjenama seperti CANON, EPSON, ACER, HP COMPAQ, DELL dan sebagainya. Melengkapkan aktiviti jualan, khidmat sewaan perkakasan komputer turut disediakan.
• Senggaraan Alatan ICT dan Khidmat Selepas Jualan
Unit teknikal terdiri daripada tenaga mahir yang berpengalaman dalam memberi perkhidmatan baikpulih komputer, sistem pelayan, capaian internet dan rangkaian kawasan setempat. Perkhidmatan selepas jualan yang berkualiti merangkumi khidmat nasihat dan bantuan teknikal antara perkara yang diberi perhatian. Perkhidmatan baikpulih pintu ke pintu turut disediakan sebagai usaha untuk meningkatkan hubungan baik dengan pelanggan.
• Sistem Rangkaian dan CCTV
Syarikat mempunyai kepakaran dalam perlaksanaan sistem rangkaian meliputi aspek utama teknikal seperti topologi rangkaian, keperluan perkakasan dan perisian, model fizikal rangkaian, metodologi serta fasa pembangunan rangkaian. Syarikat juga berupaya menyediakan sistem rangkaian berasaskan teknologi gentian fiber, teknologi tanpa wayar termasuk sistem pengawasan litar tertutup (CCTV).
• Sistem Pengecaman Biometrik
Sistem pengecaman biometrik telah diterima pakai di pelbagai sektor dalam menuju era teknologi siber. Selain daripada menawarkan harga yang kompetitif, ia merupakan sistem pengesahan cap jari fleksibel yang boleh digabungkan dengan sistem waktu kehadiran dan kawalan akses pintu dalam menjamin tahap keselamatan yang diperlukan oleh premis pengguna.
• Perkhidmatan Cetakan Kad PVC
Penggunaan kad bukan sekadar untuk pengesahan identiti pekerja malah ia sebenarnya lebih melambangkan imej korporat.Syarikat menyediakan khidmat cetakan pelbagai rekabentuk kad dalam termasuk “staff id card”, “visitor temporary card”, “membership card” dan sebagainya. Kad ini juga boleh digabungkan penggunaannya dengan perkakasan sistem biometrik.